APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

Thursday, 11 April 2013

Kenyataan Nik Aziz Terpesong - Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan

Apakah pandangan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan akan diambil serius oleh Nik Aziz, pemimpin2 dan orang Pas atau beliau juga akan diperlekehkan dan rumahnya di sita ? ...... kalau tinggal di Kelantan la .. 

"Jangan percaya kepada pandangan beliau kerana hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan amalan serta apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya.


"Pandangan-pandangan seperti ini hanya akan memecahkan perpaduan dan mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam," tegas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin - UTUSAN


"Tidak perlu kita melakukan muzakarah dan mengkajinya kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa boleh menilai amalan, ibadat dan menuduh seseorang itu kafir, melainkan Allah SWT," 


"Kita manusia di muka bumi ini sama sahaja, tiada siapa yang maksum. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak berani mengatakan seseorang itu masuk syurga atau tidak,"


Apakah insan yang menjadi Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2011 dengan latarbelakang pendidikannya seperti dibawah ini akan diiktiraf sebagai Ulama oleh Pas, seterusnya mengambil serius apa yang ditegaskannya diatas ?




Ph.D. Akidah dan Falsafah Islam,
Al-Azhar University.

M.A Akidah dan Falsafah Islam, Al-Azhar University.


B.A (Honours) Usuluddin, Al-Azhar University.


Diploma in Education Ain Shams, University of Cairo.


 Jika pandangan2 merepek Nik Aziz hanya akan memecahkan perpaduan dan mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam , boleh tak kita katakan yang Nik Aziz adalah AGEN PEMECAHAN KAUM..... 

Pondok Geting DiSita - Cara Pemerintahan Islam ala Pas ?



Pondok Geting dibawah seliaan Tokguru Abdullah Saamah di SITA  oleh kerajaan Pas Kelantan atau lebih tepat lagi oleh Majlis Daerah Tumpat  MDT ?

Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan. UTUSAN

Persoalannya - Adakah tindakan ini bermotifkan KHIANAT POLITIK ?


"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah. 



"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu. 

"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan. 

"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau.

Saya ada membuat lawatan ke Pondok Geting pada bulan Disember sebagai susulan lawatan pertama masa bulan puasa dulu, semata2 untuk mencari kebenaran disebalik segala dakwaan yang dilemparkan pemimpin Pas pada Tn Guru Abdullah - KLiK

Waktu itu beliau baru bersihkan tanah bagi tujuan pembinaan bangunan baru -


Melihat kepada gambar Utusan diatas, secara jujur saya gembira kerana ternyata Tn Guru Abdullah ikhlas dan komited dengan amanah yang diberikan. 

Sayugia kita mempersoalkan NIAT kerajaan Pas Kelantan menyita projek pembangunan sekolah Pondok Geting. 

Adakah ini cara Islam yang Pas duk bangga2kan ? Menyekat pembangunan sekolah pondok ? 

Seharusnya kerajaan Pas Kelantan memberi sepenuh sokongan dan mempermudahkan segala urusan berkaitan BUKANNYA menjadi dalang yang menghalang ! Tolak tepi kepentingan politik ...

Bagaimana pula dengan Fitnah dan tindakan pemulauan terhadap Tn Guru Abdullah dan keluarganya ? Cara Islam jugakah itu ?

PS - Mungkinkah ini antara 'nasihat' Tn Guru Abdullah yang menyebabkan kerajaan Pas Kelantan melenting dan bertindak sedemikian kejam ? -Mursyidul Am Pas dinasihatkan jangan takbur, taksub

"Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Abdul Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,"

Wednesday, 10 April 2013

GERENTI HOT VIDEO - KOLEKSI FATWA2 SESAT PAS - Pakat2 Sebarkan..



Dibawah adalah video yang mengumpulkan pelbagai fatwa2 SESAT oleh pemimpin2 Pas. Para bloggers boleh buat editing ikut point2 mana yang ingin dihuraikan dengan lebih lanjut. Atau sebar je secara keseluruhan ... tak sampai 10 minit pun.

Untuk rujukan saya catitkan minit2 ikut point -


Mula - Amanat Hadi


1.02 - Hadi menfatwakan mangsa2 Memali sebagai Syahid
2:52 - Visual Sembahyang 2 Imam
3:34 - Hadi menyalahtafsir ayat 251 alBaqarah bagi menghalalkan perkelahian sesama manusia
4:00 - Nizar menfatwakan sebagai Haram Syarie menyokong Umno
4:30 - Baiah Talak 3 Pas
5:00 - Nabi di Mat Kampungkan oleh Nik Aziz
6:00 - Nik Aziz menghalalkan Demonstrasi dan menyifatkan Solat sebagai Demo
6:32 - Perbandingan Ucapan Hadi antara tahun 2003 berkenaan Negara Islam dan Ucapan tahun 2011 mengenai Negara Berkebajikan
8:11 - Bantuan Syaitan Diterima Nik Aziz
8:30 - Ucapan Lim Guan Eng yang menyatakan Hudud oleh Pas perlu restu Dap


Tuesday, 9 April 2013

ORANG PAS SEMAKIN MENGILA SEHINGGA NAK BAKAR BILIK GERAKAN BN SUNGAI ROKAM





Sungai Rokam Ipoh Perak. Oleh kerana bendera PAS hilang mereka yang bergelar ISLAM yang kononnya mengamalkan AL-QURAN dan Sunah Nabi SAW sanggup berbuat demikian.. Adakah ini yang PAS ajar kepada pengikutnya ? sanggup memfitnah tampa usur periksa  dan cepat menghukum tampa menyelidik terlebih dahulu... jika perkara ini pun tidak boleh diselesaikan oleh orang-orang PAS bagaimana nak menegakkan HUKUM HUDUD PAS.. Begitulah ukurannya kepada PAS yang semakin hari, semakin banyak mempersendakan  AGAMA ISLAM..

SAMSENG PAS BANDAR TASIK IDAMAN BATU GAJAH



Gambar Hiasan

MACAI PAS ini merupakan seorang samseng PAS BANDAR TASIK IDAMAN, BATU GAJAH. Beliau  adalah seorang penjawat awam di  JKR yang juga merupakan ketua samseng PAS di sini… Kononnya….! diceritakan juga pada malam sebelum PM DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK datang ke BATU GAJAH bagi MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH DI KTMB BATU GAJAH pada 9/04/2013, berlakunya beberapa tiang bendera PAS telah diturunkan atau dijatuhkan. Sebenarnya maklumat ini telah diketahui oleh PIHAK POLIS dan ianya telah pun di buat laporan sejam sebelum bendera itu dijatuhkan. Dari sumber maklumat yang boleh dipercayai mengatakan “PAS akan buat Provokasi PADA MALAM SEBELUM PM TURUN dengan mengantar orang PAS SENDIRI untuk menjatuhkan bendera PAS di kawasan tersebut, setelah itu menuduh orang BN di kawasan tersebut yang melakukannya”...

Seorang samseng PAS BANDAR TASIK IDAMAN telah naik angin gilernya lalu menuduh orang BN di kawasan setempat melakukan perkara tersebut. Ini salah satu taktik basi pembangkang untuk mencari peluang menyalahkan orang BN di kawasan tersebut..!!! Tanpa rasa segan dan silu dan bangganya dia  amaran!!.. tak pe kita nak tengok samseng dia tue sejauh mana… Almaklumlah, "Matiku Hidupku Adalah Untuk ke Syurga PAS. PANGKAH PAS PASTI MASUK SURGA….

Dengar ceritanya.., si mamat nie punyalah giler dan TAKSUB KEPADA PARTI PAS..! Tiap – tiap hari memakai baju PAS, tidur pun pakai baju PAS, bila pergi kebumian orang kematian pun pakai baju PAS.. Pendek kata baju PAS tue tak buka langsung.. tak lekang dari badan!! HEBAT!!  DENGAR CERITA JUGA RUMAH DIA PUN TERPACAK BENDERA DAP…  taksub… taksub…taksub…”
Ingatlah sikit awak tue bekerja KERAJAAN..!!!!!!!

Banyak lagi hendak dikatakan di sini, tapi bagi permulaan biarlah setakat ini saja…. Jika ia terus beperangai yang kurang ajar..’ NANTIKANLAH PENDEDAHAN YANG SETERUSNYA’ SIAP DENGAN GAMBAR LAGI KITA DEDAHKAN…!!!!!

Monday, 8 April 2013

UMNO bina masjid bukan sebab Islam-Nik Aziz


Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan angkuh mempertahankan 'fatwa'nya sebelum ini bahawa solat orang UMNO tidak mendapat sebarang pahala, di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 7 April - Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. "Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)'. Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini. 

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.

Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut. "Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut," katanya.

Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT. Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 5 April 2013

Petikan Soal Jawab Bukti Nik Aziz Sesat 7



Soalan : Minta saudara Airborne huraikan apa yang dikatakan “Pemerintahan Islam” dalam sesebuah negara.

Jawapan :
a.   Pengertian “Pemerintahan Islam” tidak dapat dihuraikan dalam ruangan ini kerana ia sangat panjang merangkumi hukum, keselamatan, pendidikan, kebajikan dan keperluan rakyat, peluang ekonomi, kemudahan asas dan perkara-perkara lain. Jika seseorang itu tidak mengenali Islam secara dekat, maka seseorang itu tidak akan memahami apa yang dikatakan Pemerintahan Islam.

b.   Bagi mengenali Islam secara dekat, seseorang itu wajib mempelajari ilmu-ilmu Al-Quran seperti mampu membaca Al-Quran dengan cara yang betul mengikut hukum tajwid, dan memahami kandungan Ayat-Ayat Al-Quran. Jika tidak memahami makna kandungan Ayat-Ayat Al-Quran, maka seseorang itu adalah wajib mempelajarinya dengan cara membaca terjemahannya dalam bahasa yang boleh difahami iaitu bahasa Melayu. Seseorang itu juga hendaklah tahu bagaimana untuk mendirikan solat, cara berwuduk dan perkara-perkara lain yang menjadi fardu kepada kita.

c.   Kemudian melangkah setapak lagi ke hadapan untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir Al-Quran dan ilmu-ilmu Hadis Nabi s.a.w. dan mampu mengamalkannya. Hanya dengan cara ini sahajalah seseorang itu akan memahami apa yang dikatakan Pemerintahan Islam. Ilmu ini atau huraiannya tidak akan kita perolehi di mana-mana ceramah PAS walaupun ia diterangkan oleh Nik Aziz, atau Haji Hadi, atau Harun Din, atau Harun Taib atau penceramah-penceramah PAS yang lain kerana mereka semua mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan UMNO yang mempunyai kuasa pemerintahan di negara ini.

d.   Mereka itu semuanya berbohong, dan sebab itulah mereka mendakwa ingin menubuhkan negara Islam (sekarang dah tukar niat nak tubuh negara kebajikan pula) jika parti mereka iaitu PAS menang dalam PRU-13 kelak. Logik atau tidak? Sila perhatikan mereka dalam PAS itu sebenarnya sudah berpakat dengan orang-orang kafir dalam DAP untuk menumbangkan kuasa pemerintahan yang ada pada orang Islam iaitu Kerajaan BN yang diterajui oleh kepimpinan UMNO. Logik kah tindakan mereka itu? Tentulah tidak logik.

e.   Sepatutnya mereka dalam PAS itu bergabung tenaga dengan kepimpinan UMNO untuk menegakkan Islam di negara ini. Mereka dalam PAS hanya berkiblat satu bersama UMNO dalam solat sahaja. Selepas itu mereka mengalihkan kiblat mereka kepada kepimpinan orang-orang kafir dalam parti DAP, sebuah parti yang menentang kepada penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

PRAY FOR MH370

PRAY FOR MH370