APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

Thursday 11 April 2013

Pondok Geting DiSita - Cara Pemerintahan Islam ala Pas ?



Pondok Geting dibawah seliaan Tokguru Abdullah Saamah di SITA  oleh kerajaan Pas Kelantan atau lebih tepat lagi oleh Majlis Daerah Tumpat  MDT ?

Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan. UTUSAN

Persoalannya - Adakah tindakan ini bermotifkan KHIANAT POLITIK ?


"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah. 



"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu. 

"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan. 

"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau.

Saya ada membuat lawatan ke Pondok Geting pada bulan Disember sebagai susulan lawatan pertama masa bulan puasa dulu, semata2 untuk mencari kebenaran disebalik segala dakwaan yang dilemparkan pemimpin Pas pada Tn Guru Abdullah - KLiK

Waktu itu beliau baru bersihkan tanah bagi tujuan pembinaan bangunan baru -


Melihat kepada gambar Utusan diatas, secara jujur saya gembira kerana ternyata Tn Guru Abdullah ikhlas dan komited dengan amanah yang diberikan. 

Sayugia kita mempersoalkan NIAT kerajaan Pas Kelantan menyita projek pembangunan sekolah Pondok Geting. 

Adakah ini cara Islam yang Pas duk bangga2kan ? Menyekat pembangunan sekolah pondok ? 

Seharusnya kerajaan Pas Kelantan memberi sepenuh sokongan dan mempermudahkan segala urusan berkaitan BUKANNYA menjadi dalang yang menghalang ! Tolak tepi kepentingan politik ...

Bagaimana pula dengan Fitnah dan tindakan pemulauan terhadap Tn Guru Abdullah dan keluarganya ? Cara Islam jugakah itu ?

PS - Mungkinkah ini antara 'nasihat' Tn Guru Abdullah yang menyebabkan kerajaan Pas Kelantan melenting dan bertindak sedemikian kejam ? -Mursyidul Am Pas dinasihatkan jangan takbur, taksub

"Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

"Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Abdul Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,"

0 comments:

Post a Comment

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

PRAY FOR MH370

PRAY FOR MH370