APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

Sunday 1 April 2012

Sejarah Parti Islam Se-Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia
ڤرتي اسلام س-مليسيا
(PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini. <Untuk Baca Seterusnya Klik >

BAHAN KEMPEN PRU 13 :DAH TAKDE MODAL !


ANWAR DAN PAS TETAP BUAT BODOH SAJA...!!!

Pas tetap tidak menghalalkan ahlinya dan tidak akan menghantar wakil untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

Pendedahan ini tak penting bagi mereka kerana bakal menyebabkan PAS akan lebih berpecah-belah dan berpuak-puak, itulah yang ditakutkan PAS Selangor.

Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Nik Aziz dan Pas Pusat bahawa tidak perlu layan apa yang Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ingin bongkarkan.

Kononnya banyak lagi benda besar yang hendak diberikan tumpuan seperti pengundi hantu dan rasuah untuk menuju PutraJaya canang mereka. PAS menganggap isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, pendedahan video murtad adalah tidak penting. <klik>

AWAS TEKTIK KOTOR PEMBANGKANG!



Mungkin ramai yang lupa atau tidak sedar, taktik pembangkang gunakan sebelum ini seperti yang terjadi di Pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini,
 SPR pun pening kepala dengan isu penggunaan Telepon bimbit yang digunakan bagi menyalurkan info pengiraan kertas undi oleh ketua undi atau wakil parti di peti-peti undi. Mencari jalan penyelesaian seperti mana yang diwawarkan SPR sebelum ini di media akhbar dan kaca TV oleh Dato' Abdul Aziz. Setakat ini SPR hanya mampu memaklumkan bahawa keputusan di peti-peti undi tidak akan dikira awal atau dimaklumkan awal keputusan pengiraan undi walaupun telah 100% pengundi telah hadir. SPR juga di hujani dengan panggilan yang bertalu-talu untuk pengesahan dengan khabar angin yang kononnya sudah tahu awal parti BN kalah. Malah khabar angin disebar luas termasuk melalui sms.

Sebenarnya sebelum ini semasa di PRN Sarawak mungkin ramai yang tidak tahu, kebetulan teman ada disana semasa PRN tersebut. Agak terkejut jugak bila sahabat teman disemenanjung menghubungi teman bertanyakan 'betuiker BN kalah teruk?' ketika teman dihubungi itu kira-kira jam 2.30 petang, pelik jugak teman mana dia dapat info, rupa-rupanya ini taktik Pakatan Rakyat yang telah dirancang awal-awal lagi  < klik >

APA KATA -NAJIB RAZAK-

APA KATA -NAJIB RAZAK-

PRAY FOR MH370

PRAY FOR MH370